kalau nk share or copy, saya x kesah pown.. tp bgtau la and if possible, link kan la sekali blog saya yer.. sekian~

Monday, February 21, 2011

mY pReciOus!

my precious!! 
note dat nie bukan dialog joker dalam cite batman eh..hehe..

precious = berharga = istimewa

so my precious nie maknanye insan istimewa saya..
semua org ade orang istimewa masing2..
bagi yg da kehilangan mereka, jangan sedih2..
mereka tetap akan sentiasa menjadi yg teistimewa..

saya panggil insan istimewa ini dengan panggilan mama..
ada yg panggil ummi, mak, ibu, omma, mommy, mcm2 panggilan la..
ape pown panggilan yg digunakan,
ia tetap akan merujuk kepada seorang wanita yg telah melahirkan kita di dunia nie..=)

wanita inilah yg telah menggadai nyawa mereka hanya untuk melahirkan kita..
sanggup bersengkang mata hanya untuk menjaga kita ketika kita sakit..
sanggup bekerja bertungkus-lumus hanya untuk mencari rezeki untuk kita..
sanggup mengikat perut hanya untuk memenuhi permintaan kita..
sanggup berkorban apa sahaja hanya untuk memberi kebahagiaan kepada kita..
betapa hebatnya wanita-wanita ini..

dan kita sebagai anak, 
selama kita hidup di dunia ini, 
apalah yg telah kita lakukan untuk mereka??
selain dari menyakitkan hati mereka, menyusahkan mereka,
mengecilkan hati mereka dan juga menitiskan air mata mereka..

ya..itu fakta!
sebagai seorang anak, kita sentiasa ada perasaan "rebel" dalam diri..
setiap kali wanita ini melarang kita melakukan sesuatu yg kita inginkan,
pasti kita akan melawan..
walaupun bukan secara zahir, tapi pasti terdetik di dalam hati..
mcm mana saya tahu??
kerana saya seorang anak..
dan saya juga melakukan perkara yg sama..

"Ya Allah, berdosanya aku!"

ya..sangat berdosa..!
saya pernah mengecilkan hati wanita ini..
saya pernah menitiskan air mata wanita ini..
saya pernah melawan kata2 wanita ini..
malah saya pernah berbohong kepada wanita ini..

tetapi hati seorg ibu sangatlah lembut..
sebagai anak, saya tidak mahu menjadi anak derhaka!
dan sebagai seorang ibu, mereka juga tidak mahu melihat anak mereka diseksa di neraka kelak..
jadi mereka akan sentiasa memaafkan anak-anak mereka sekalipun anak-anak ini tidak memohon kemaafan kepada mereka..
tidak susah untuk memohon keampunan dari seorang ibu..
hanya dengan berkata:

"mama, maafkan saya"

seorang ibu akan mengalirkan air mata sekiranya seorang anak berkata demikian..
dan air mata ini bukanlah kerana dia bersedih, tetapi gembira dan terharu..
wahai anak, cukuplah menyakiti hati mereka..
sekiranya kamu ditakdirkan menjadi jutawan yg paling kaya dan memiliki segala-galanya di dunia ini pun,
belum cukup untuk kamu membalas jasa mereka membesarkan kamu..
bukan wang ringgit yg mereka inginkan..
tapi balaslah dengan kasih sayang seperi yang mereka berikan kepada kamu dari saat kamu berada di dalam perut mereka selama 9 bulan, sehinggalah sekarang..

p/s: bagi yg masih mempunyai ibu, masih belum terlambat untuk menunjukkan betapa cintanya kamu kepada mereka..dan bagi yg telah kehilangan ibu, kirimkanlah doa anak yg soleh/solehah agar mereka tenang disana..insyaAllah~

mama, this is for you.. i heart you forever!!



alhamdulillah..thank you Allah, for giving me such a great woman to become my mother..!

No comments: